As'salammualaikum
Phiewww.Selepas bersalin,dah ada anak sangat banyak perubahan pada diri sendiri.Bukan sahaja dari fizikal taw,mental, emosi,masa,life semuanya berubah sekelip mata.Kalau dari fizikal badan la yang paling ketara.Sekarang aku rasa badan dah semacam sekeping papan.*mata ke atas* Tak tahu kenapa,selera makan pun macam dah berkurang.Padahal aku nak sangat-sangat berisi macam masa pregnent dulu .Tak ada la nampak sangat macam papan yang bajet bagus sedang melintas jalan.begituuu.Suami aku kemain lagi sampai nak beli weightgain bagai.Dah la yang nak telan nya aku.Memang harapan la kan.
Masa aku dalam pantang lagi mak mertua aku ada cakap "kalau rayyan start main air liur nanti rambut dya mesti banyak gugur..makin kuat dan banyak air liur dia keluar makin banyak rambut yang gugur.silap-silap kulit kepala dah boleh nampak dengan jelas". Orang tua memang banyak pengalaman kan?.mula-mula aku memang dengar dan lantakkan je,nak percaya tu kena tunggu jadi kat aku ke tak?.tapi kenyataan nya,70% sekarang keja aku memang kumpul rambut atas lantai.Setiap hari,setiap jam setiap minit dan pantang setiap kali nampak rambut atas lantai kerja aku memang mengutip je.*usap dada masih bersabar,semangat la sangat kutip rambut **aku tengok kecik besar kecik besar je rambut ni kan.Kadang rasa nak nangis kutip rambut sendiri.Kalau rayyan dah besar boleh jugak dia tolong aku kutipkan*lap peluh* .