Aritu masa balik kampung kat jitra (sebelah suami),aku dengan hubby memang dah plan nak pergi scan baby. Biasalah,ko bukan tak tau perasaan excited itu memang tak terkawal. Memadangkan hari sabtu, kat kedah paham-pahamlah, tak semua klinik bukak. so,hubby ajak aku pergi klinik pakar ,yang penting nama klinik itu aku memang tak hengat. Sejak preggy ni,aku memang cepat lupe..apa pun taboley.. sesampai sahaja tempat pakar itu,hubby suruh aku tunggu dalam kereta,bagi hubby seorang sahaja yang masuk.Hubby just nak tanye,dekat situ ada tak untuk scan baby,doktor perempuan or lelaki. kalau doktor lelaki memang tak la kan..mau nya laki aku nak bagi doktor laki scan??aku pun tanak kalau boleh..phhieeww..aurat kenn??so tak ada lah sia-sia sangat penantian aku dalam kereta.Biar hubby sahaja yang pergi bertanya.
setelah 10 min masuk ke dalam klinik pakar isteri : sayang dah tanye, ada ke tak?? suami : ada yang, tapi doktor lelaki.doktor perempuan tak ada la pulak. isteri: hhmm..tak apa lah.kita cari tempat lain suami : ok..sayang tau tak! ade ke nurse tu cakap kat saya,encik nak scan perut encik ke..kalau nak scan arini xboleh. isteri : **pitam** macam mana dia boleh tanye macam tu?? menceritakan kisah yang berlaku suami : nurse..arini boleh scan tak?? nurse : encik nak scan perut encik ke,kalau nak scan perut encik arini tak boleh encik.encik boleh datang hari lain. suami : T___T huh?? bukan saya la yang nak scan.wife saya yang nak kene scan..scan baby!! nurse: oohhh..saya ingatkan yang nak scan nya encik. kalau nak scan baby ada suami : doktor perempuan ke lelaki? nurse : doktor lelaki suami : doktor perempuan tak ade ke?awak tak boleh tolong scan kan ke?senang je.. just letak scan kat perut bini saya je.. nurse : mane boleh.. T_____T..doktor je yang boleh scan suami :eerrkk..ok..xpelah.. setelah mendengar cerita dari hubby,aku rasa dunia macam dah kelam..terus rasa nak pitam lagi..wawawaaaa...lain orang yang preggy,lain pula perut yang membuncet..so,tak ada kata-kata yang indah perlu di ungkapkan lagi. suami : haah kan..perut saya nampak buncit..tapi kan,kalau saya nak kurus kejap je.. ..sehari sekali je makan nasi..dah kurus.. isteri : (.......................) pitaaammmmmm p/s: teruja nak scan baby..padahal awal lagi kan..kalau boleh tiap-tiap bulan aku dengan hubby nak scan baby..yela..excited nak tengok perkembangan baby..weekend ni mungkin nak g scan! yeay!