CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Monday, December 12, 2011

mohon doa rakan-rakan blogger.. T.T

Assalammualaikum..



lame dah aku xhupdate blog..
sekarang macam2 bende aku nak fikir...

masuk arini dah 5 hari ayah boyfren aku dok kt PPUM..
dan weekend lepas aku turut melawat ayah dia dekat hospital tu..

arini..bakal ayah mentua aku kene wat Transesophageal Echocardiogram (TEE)...
bunyi lebey kurang gitu la kot...
semalam (ahad) dokter bgtaw..dokter nak masukkan kamera..
sebab dokter nak tengok jantung di bahagian mane yang rosak.. T.T


sblm ni ,2 2 tempat yang ayah dy g..dokter pakar swasta dan dokter hospital kerajaan kat kedah memamg ade bagitaw yang injab jantung ayah boyfren aku dah bocor..so dokter bajet nk masukkan belon spring..dlm urat/injap..lebey kurang gtula..
aku xpaham sgt mcm mane kaedahny sbnrny..
so sebelum nak masukkan belon spring...
dokter kene tengok..bhgaian mane yang dia nak kene masuk kan..

Tuesday, November 22, 2011

Tuah Baddrol, belang Apek




MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Saturday, November 19, 2011

work hard!


"organize kursus" salah satu kerja daripada keje lain2 aku dan kengkawan..
sebut je pasal kursus..maka hidup akan jd serabai..kenape??
sebab banyak mende nak kene settle kan sebelum berlangsung kursus tersebut...
nak2 pulak kalo peserta ramai,nak tukar orang,nak tambah orang,xjadi g...rasa penat akan timbul sebab penat melayan kerenah tersebut..maka timbul la rasa nak marah...dan terdetik rasa hati nak terbalik kan meja bos..or conteng kan kerusi dy..menunjukkan diri ini tersangatla ganasiiehhh~....
maka..masa balik keje akan mencecah sampai 9 malam..
berani ko cakap aku tipu????
eehhhhh..3.30 pagi pun aku penah taw??tdo 2 jam je..pastu pagi masok balik..siigghhhhhhhhhh~~~~~~~~



ni gambar preparation nota n packing barang2 lain utk kursus d kuantan,pahang..
keje sampai... eerrrr...sampai bile-bile


makwe : sayang..arini penat sgt..keje banyak...
pakwe : no komen... 
makwe : sampai hati kan..xkesian kat orang pun..hmmm.. T.T
pakwe :tukar kementerian nak??

Friday, November 18, 2011

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan??



Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
  • Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT.
  • Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
  • Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
  • Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.