CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Sunday, December 2, 2012

Harimau Malaya Baham Garuda


                                            PEMAIN Malaysia Safee Sali (jersi biru)  diasak pemain Indonesia  di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto HASRIYASYAH SABUDIN
PEMAIN Malaysia Safee Sali (jersi biru) diasak pemain Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto HASRIYASYAH SABUDIN

Kuala Lumpur: Malaysia mengiringi Singapura ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu bukan saja penting bagi memastikan misi mempertahan kejuaraan terus menyala, tetapi secara tidak langsung menyingkirkan seteru tradisi itu yang sekali lagi menjadi mangsa Harimau Malaya. 


Ketiadaan S Kunanlan dan Khyrill Muhymeen Zambri yang direhatkan akibat kecederaan tidak merencatkan percaturan Datuk K Rajagobal yang masih mampu menurunkan skuad terbaik ketika menang 4-1 ke atas Laos. 

Malaysia memulakan permainan agak perlahan dengan percubaan pertama muncul hanya selepas Indonesia empat kali berjaya melepasi benteng pertahanan negara dalam tempoh sembilan minit.

Bagaimanapun, pemain negara kembali mengawal permainan dan pada minit ke-27, skuad negara membuka jaringan menerusi pemain sayap, Azamuddin Akil yang merembat kencang hantaran lintang Mahali Jasuli.

Bek kanan, Mahali yang tampak begitu serasi dengan bekas rakan sepasukan dari Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, meledak gol kedua negara pada minit ke-30 selepas menyempurnakan hantaran satu dua dengan Wan Zack.

Bersambung babak kedua, pelawat cuba bangkit merapatkan jurang menerusi gerakan pantas sayap kanannya, Andik Vermansyah, namun benteng negara yang dikemudi Fadhli Shas dan Aidil Zafuan Abd Radzak cukup sukar ditembusi. 


Pujian juga harus diberikan kepada hampir 65,000 penyokong tempatan yang sepanjang perlawanan, berjaya memastikan semangat pemain Harimau Malaya terus membara untuk meraih kemenangan.

Sumber : Bharian

---------------------------------------------------------------------------------------------

semalam,hubby ambik aku balik keje.. balik nak cepat...mandi pun cepat..makan depan tv..semata-mata nak tengok bola..bini dia pun turut sekali..makan nasi depan tv..tak pernah-pernah macam tu..biasa dok kat meja makan..buang tebiat ape??..semalam,semuanya di persetankan..

hubby :"sejak bila sayang layan bola ni?"...
isteri : "err..ntah..ntah-ntah baby kite ni boboy tak??..errr...ke gegurl..??" .........
saling berpandangan antara satu sama lain (............)
tak kisah la boboy ke gegurl kan..tuhan kurniakan kita zuriat ..dah cukup memadai..bersyukur sesangat...Terima kasih Allah..

p/s : ppssttt...semalam dah g scan dengan hubby...sangat teruja bila tengok baby dah membesar..dah ade bentuk...dengar degupan jantungnya yang sangat kuat....Alhamdulillah,dokter cakap baby sihat dan normal..Terima kasih Ya Allah..

No comments: