CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 22, 2011

AlFatihah




Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. 

Kesemua jenazah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat.

Sementara sembilan lagi mangsa yang turut terkorban dalam tragedi berkenaan telah dituntut keluarga dan waris masing untuk diurus dan dikebumikan.
Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang Sabtu, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.
Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat.
p/s : semoga mereka di tempatkan bersama golongan2 yg beriman..amin~

No comments: