CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Thursday, April 14, 2011

ketahui persOnality mu~

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati-->>bf aku
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
<--more-->
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus-->>aku
Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu
memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah
kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.
Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu
bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang
damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi
kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan
mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap
dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak
mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu
memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus: -->>aku

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang
menjadikan kamu nampak bijak
(350% betul..!!)dan menjadikan 
wajah kamu comel (ohh..sudah pasti) dan mudah
menarik perhatian orang disekelilingmu
(harus ko taw..)
Ramai yang suka berkawan dengan
kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang
(susah2 je..lame da i taw) (=.=)!
lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai
yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif
(kalo xde ni..xsonOk kO taw) orangnya dan
itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan
kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang
mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu
bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak
lepas dari melakukan kesilapan.
-->>sila jgn muntah..baldi x dsediakan..harap maklum

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang
pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau
pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar
melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua
dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling
disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,
kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,
kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap
sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang
nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah
mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.
Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam
berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu
kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.
Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan
kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak
akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang
disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang
dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka.
Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan
balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat
kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:-->>bf aku

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa
riang (kdg2 mcm kanak2 ribena ko taw). Apa saja yang kamu
lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan
teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap
kamu
(aku mmg sng dgn dy..susah senang aku..dy ade d cc aku). Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk (yg ni harus..sbb hObi aku adalah merajuk)
dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana
(btOl..bile aku ade masalah..aku suke meluahkan kat dy..sbb dy sgt memahami aku..aku tenang bile ade dy..lebiu syg..). Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak
tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik
(mmg pun..baju keje pun nak aku gosOk licin..kalo bOleh..bahagian lipatan tu tajam..boleh luke kan tgn org..patutkah??). Namun,
awas! Kamu mudah jatuh cinta!
(1st day tgk aku jer dy dah ajak kawen..miahahaha..jeleskan..jgn rsau..tu cume mimpi..
aaiipp..dgn org lain taboley..)
Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan
dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji
kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu
ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama
dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di
bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,
apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut
cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,
apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang
mereka cari.

Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya
dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan
begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu
bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang
kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum
melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi
penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah
monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur
kewangannya. Kamu memang akan berja
ya di dalam perniagaan.   
p/s :ppsstt..nk bela tikus byk..okey x??ni aku dpt dr Puan yer..bukan cik dah..

No comments: