CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 7, 2011

Lawak ke???

POLIS YANG CERDIK

Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.

Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?


<!--more-->




Orang Gila juga yang bOleh menasihati Orang Gila..kn..kn..kn..



Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya.
Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas
hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu
yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan
mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah
hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.


Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong
tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan
gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak
bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun
Mat!"teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami
bom tiang ini dan engkau akan mati!!Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.


Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman
Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu.
"Man!Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang
lampu"Tolonglah Man ya!


Jawab Man"Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.


Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang
mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"


Baiklah! Ambillah gergaji itu.
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang
lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak
turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!


Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang
itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas
hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?


Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat!Tapi Man ni
apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!


Surat Cinta Buat kekasihku si jOko

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.


Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.


Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.


Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.


Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.


Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.


Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.


Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

p/s : hilangkan nantok haku....