CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Tuesday, September 24, 2013

Pengalaman Bersalin Normal


berat rayyan lahir 2.80kg,rayyan tak ada la besar sangat.tapi aku yang makan banyak..pui

ni sijil Rayyan lahir kat spital ni..


                                             
Rayyan baru lahir


As'salammualaikum

Bila tengok gambar baby baru lahir,aku mesti teringat masa aku beranak kan Muhammad Rayyan Darwisy dulu.Ceh..macam la lama sangat kan.baru 4bulan berlalu,tapi masih terasa.Tetiba aku rindu saat mengandung dan bersalin.Sakit memang sakit laa,hanya Allah maha mengetahui,tapi perancangan Allah sangat lah hebat.Subhanallah.

Meh aku karang kan sikit pengalaman aku bersalin.Rayyan lahir seminggu awal dari tarikh jangkaan bersalin.sepatutnya aku bersalin pada 24 mei macamtula,tapi rayyan keluar seminggu awal, pada 18 mei walaupun aku belum ada sikit pun tanda nak bersalin. ah..kira macam masa gi hospital tu,aku ibarat serah diri la.lebih kurang macam tu.

Aku ingat lagi sebelum aku bersalin,13 mei macam tu ,aku datang checkup kat hospital al-islam,masa aku datang checkup dokter cek bukaan aku dah 2cm tapi dokter tak bagi aku warded dahulu sebab aku belom ada tanda contraction sikit pun.Tapi dokter bagi aku datang check balik pada hari jumaat 17 mei.Hari jumaat aku datang checkup,bukaan dah 3.5 den dokter decide aku kena warded esokny walaupun tiada sebarang contraction.Terpaksalah pasrahkan diri kan.Tapi malam tu aku memang tido tak lena,jaga banyak kali.setiap kali tido pusin nak mengiring kekanan or kekiri suami akan tanye "sayang,kamu dah nak bersalin ke" "ada sakit-sakit tak""kamu ok tak sayaang" "sakit ke"---"tak sakit sikit pun..saya tengah tunggu bila nak sakit ni,tak sabar nak beranak cepat" suami aku tak payah cakap la,dia lagi tak lena dari aku.pantang aku jaga sikit,dia mesti risau.ada sekali aku terjaga malam dok usap-usap perut,suami aku terjaga terus ambik fone nak telefon ambulans "ehh...kamu dah kenapa sayang?" "nak call ambulans,kamu dah nak bersalin kan?" " belommmmmm laaa..asal nak call ambulans,kamu kan ada yang" "nanti saya nebes takut tak ingat hospital kat mana,tak ingat jalan..errr .."...sabar jela aku masa tu kan. kat rumah,macam-macam kerja aku buat,dari menyapu,mengemop,cuci baju,masak,siap duduk mencangkung lagi nak tumbok sambal belacan tapi still tak ada tanda bersalin. so,esok nya gagahkan diri,pergi menyerah diri.dahla sebelum keluar rumah minum pagi aku cuma makan sekeping goreng pisang dan air suam sikit.perasaan memang ingat aku belom nak bersalin la ..macamtuuu,so tak payah makan bebanyak sangat.
<--more-->
Sampai je kat hospital,aku dah di suruh tukar baju dan nurse datang sumbat ubat masok kat vontot nak bagi berak cepat.so perut kosong la konon kan.lepas memerut,aku dengan rilek seng nya dok kat atas katil siap berposing ambik gambar sent kat suami.masa tu suami tak boley masok lagi.kira macam pelawat la sebab masa melawat pukul 9 baru boleh masok.lepas sebok berposing nurse datang " puan,dah tukar baju semua?berak pun dah?boleh masok labour room k." "huh??kenapa kena masok pulak?saya dah kena bersalin ke?tapi saya belom sakit apa-apa lagi"
"haah,puan da kena bersalin arini sebab bukaan puan dah 4cm"
laju-laju message suami"sayang saya da kena masok labour room..atooott""sayang dah sakit ke?" "tak pun,tak ada tanda apa-apa pun"
pas tu suami aku bergegas mintak masok labour room nak temankan aku
itu pun nasib ambik spital swasta,suami boleh temankan.anak pertama boleh la buang duit sikit kan sebab tak ada pengalaman bersalin di hospital kerajaan.yela kekadang kalau nasib tu ok,ok la la layanan dia.tapi kalau nasib tak elok,memang kau terkontang kanting sorang-sorang kat spital,suami pulak tak boleh masok.memang la aku tak nak kan.suami pun tak nak biar aku sakit sorang-sorang..terharuuuu..gituuuuww.

masa tu aku kira dipaksa bersalin la.sebab tak ada tanda  tapi bukaan dah 4cm so nurse pecahkan air ketumban untuk aku rasa sakit cepat dan terus bersalin.aku bersalin secara normal yer..air ketumban di pecah pukul 11..
pukul 12 aku dah start sakit.tapi masa tu aku masih dapat tahan lagi.aku memang dah tanam azam tak nak ambik apa2 suntikan macam epidural.bukan sebab kos tapi sebab kesan kedepan,aku tanak la sakit tulang la..sakit pinggang la belakang la so decide nak bertahan.Sesampai je bukaan 8cm aku dah sakit tahap kritikal.masa tu nak minum air selusuh pun tak ada dah,sebab aku dah telan awal-awal sebelum sakit...apake bengap sangat kan.orang minum bila dah rasa sakit.ni aku telan habis sebelum sakit.apakah??


Tapi aku tak ada la terok sangat sampai nak tendang or lempang nurse lelaju.paling terok aku buat tarik kolar baju suami je.hahahaa..sampai suami aku cakap ngeri tengok bini bersalin.sampai dia tak sanggup nak tengok aku sakit macam tu. 3.30ptg aku dah start meneran dan terus meneran.dalam labour room tu aku rase ade 2 dokter dan 5 nurse.semua bagi support yang memberansangkan dan buat aku kuat untuk berusaha meneran nak keluarkan rayyan cepat.dokter dah siap ajar cara meneran dengan betul.Tepat 3.59ptg baru rayyan keluar.Masa tu syukur sangat,lega,segala kesakitan yang kau rasa semua dah lepas.sakit tu bukan sakit biasa ok.yela,sakit nak bersalin adalah sakit kedua selepas sakit nak mati.

Alhamdulillah sebab aku berjaya tempuh semua,sekarang baru rasa how payahnya mak kita melahirkan kita.Pengorbanan seorang ibu sangat besar dan tiada tandingannya.bertuah kerana berpeluang merasa keadaan tersebut.takut memang takut,tapi nak tak nak kena tempuh jugak.sebab nak anak sangat kan...haaa..tapikan last sekali,bila nurse nak jahit totttt tu time tu memang aku lantakkan dah.masa tu kau tak akan rasa apa dah lepas tengok muka anak,yela sakit nak beranak lagi sakit dari dia orang jahit.masa tu macam dah tak ada perasaan. 

Malam nak tido tu nurse dah bagi anak aku tido dengan aku.time tu aku memang tido tak lena dah.sebab risau tido tak sedar."aku dah ada anak??"hehehe..yela selama ni aku kan tido macam kayu balak sikit.tido buas.tendang suami sampai jatuh katil.see??haaaa..kalau orang nak campak bom kat bilik pun takda hal punya la, aku kompem tak kan sedar .giler balak betol kan..hakikat..ahaaa.bila malam rayyan nangis aku dah cuak..er macam mane nak pegang,er rayyan nanges kenape..nak ape..macam mane,aku tak boleh bangun.hehe..nasib ada bell kat tepi katil.setiap kali rayyan nangis memang aku bell kan aja,lajuuuu je nurse datang.semua dia orang uruskan.rayyan nak susu baru bagi kat aku,rayyan berak ke ape ke,semua dia orang buat.lega makkkk..ahahaaa..sekian la pengalaman aku bersalin.bestkan? tapi lain orang lain pengalaman dan lain anak lain dugaan dia,aku bersyukur sebab aku bersalin agak mudah la.

setiap kali pegang anak.. "eh...aku dah ada anak??" hahahaaaa...cuba menerima kenyataan yang diri ini dah jadi mak orang.*lempang muka laju-laju*

p/s : seronok jadi mama..alarm aku sekarang bukan pada hp dah,tapi terletak pada rayyan..yawnn....hhuaarghhh..oh..anakkk...




2 comments:

Unknown said...

sakit ke weh...huhu tatotttt...

scha_imal87 said...

ahaaaaa..rasa dulu,baru taw.seronok sebenarnya.rilek ar.ko kan bang long