CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 26, 2013

Rambut gugur selepas ada anak

As'salammualaikum

Phiewww.Selepas bersalin,dah ada anak sangat banyak perubahan pada diri sendiri.Bukan sahaja dari fizikal taw,mental, emosi,masa,life semuanya berubah sekelip mata.Kalau dari fizikal badan la yang paling ketara.Sekarang aku rasa badan dah semacam sekeping papan.*mata ke atas* Tak tahu kenapa,selera makan pun macam dah berkurang.Padahal aku nak sangat-sangat  berisi macam masa pregnent dulu .Tak ada la nampak sangat macam papan yang bajet bagus sedang melintas jalan.begituuu.Suami aku kemain lagi sampai nak beli weightgain bagai.Dah la yang nak telan nya aku.Memang harapan la kan.

Masa aku dalam pantang lagi mak mertua aku ada cakap "kalau rayyan start main air liur nanti rambut dya mesti banyak gugur..makin kuat dan banyak air liur dia keluar makin banyak rambut yang gugur.silap-silap kulit kepala dah boleh nampak dengan jelas". Orang tua memang banyak pengalaman kan?.mula-mula aku memang dengar dan lantakkan je,nak percaya tu kena tunggu jadi kat aku ke tak?.tapi kenyataan nya,70% sekarang keja aku memang kumpul rambut atas lantai.Setiap hari,setiap jam setiap minit dan pantang setiap kali nampak rambut atas lantai kerja aku memang mengutip je.*usap dada masih bersabar,semangat la sangat kutip rambut **aku tengok kecik besar kecik besar je rambut ni kan.Kadang rasa nak nangis kutip rambut sendiri.Kalau rayyan dah besar boleh jugak dia tolong aku kutipkan*lap peluh* .

Wednesday, September 25, 2013

nota untuk suami tersayang..


As'salammualaikum

mihmihmihhh...nampak tak tajuk entry,sesuatu sangat.ahaaaa..walaupun dah jadi mak orang,tebiat menghabiskan kan duit memang tak boleh dikuburkan hidup-hidup.mengerti? bagus.

Setiap hari, hari bekerja,duit belanja bukan terletak pada tangan aku.Duit belanja semua terletak pada tangan suami,pendek cerita hanya tahu menghabiskan sisa-sisa duit yang ada dalam purse,swap-swap kad.nanti hasilnya semua resit-resit dalam purse suami yang akan bersihkan *pitam* dan setiap hari jugak la suami akan check purse aku,tengok ada berapa banyak duit,kalau tak ada dia akan masukkan seperti biasa.Aku tekan kan sekali lagi ye.HARI-HARI!..*libas rambut*

Tuesday, September 24, 2013

Sepasang couple kemalangan hancur berkecai selepas mencabar TUHAN

couplecabar
WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !
Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..
Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.
Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..
Apa yg trjd kpd mrk?

Pengalaman Bersalin Normal


berat rayyan lahir 2.80kg,rayyan tak ada la besar sangat.tapi aku yang makan banyak..pui

ni sijil Rayyan lahir kat spital ni..


                                             
Rayyan baru lahir


As'salammualaikum

Bila tengok gambar baby baru lahir,aku mesti teringat masa aku beranak kan Muhammad Rayyan Darwisy dulu.Ceh..macam la lama sangat kan.baru 4bulan berlalu,tapi masih terasa.Tetiba aku rindu saat mengandung dan bersalin.Sakit memang sakit laa,hanya Allah maha mengetahui,tapi perancangan Allah sangat lah hebat.Subhanallah.

Meh aku karang kan sikit pengalaman aku bersalin.Rayyan lahir seminggu awal dari tarikh jangkaan bersalin.sepatutnya aku bersalin pada 24 mei macamtula,tapi rayyan keluar seminggu awal, pada 18 mei walaupun aku belum ada sikit pun tanda nak bersalin. ah..kira macam masa gi hospital tu,aku ibarat serah diri la.lebih kurang macam tu.

Aku ingat lagi sebelum aku bersalin,13 mei macam tu ,aku datang checkup kat hospital al-islam,masa aku datang checkup dokter cek bukaan aku dah 2cm tapi dokter tak bagi aku warded dahulu sebab aku belom ada tanda contraction sikit pun.Tapi dokter bagi aku datang check balik pada hari jumaat 17 mei.Hari jumaat aku datang checkup,bukaan dah 3.5 den dokter decide aku kena warded esokny walaupun tiada sebarang contraction.Terpaksalah pasrahkan diri kan.Tapi malam tu aku memang tido tak lena,jaga banyak kali.setiap kali tido pusin nak mengiring kekanan or kekiri suami akan tanye "sayang,kamu dah nak bersalin ke" "ada sakit-sakit tak""kamu ok tak sayaang" "sakit ke"---"tak sakit sikit pun..saya tengah tunggu bila nak sakit ni,tak sabar nak beranak cepat" suami aku tak payah cakap la,dia lagi tak lena dari aku.pantang aku jaga sikit,dia mesti risau.ada sekali aku terjaga malam dok usap-usap perut,suami aku terjaga terus ambik fone nak telefon ambulans "ehh...kamu dah kenapa sayang?" "nak call ambulans,kamu dah nak bersalin kan?" " belommmmmm laaa..asal nak call ambulans,kamu kan ada yang" "nanti saya nebes takut tak ingat hospital kat mana,tak ingat jalan..errr .."...sabar jela aku masa tu kan. kat rumah,macam-macam kerja aku buat,dari menyapu,mengemop,cuci baju,masak,siap duduk mencangkung lagi nak tumbok sambal belacan tapi still tak ada tanda bersalin. so,esok nya gagahkan diri,pergi menyerah diri.dahla sebelum keluar rumah minum pagi aku cuma makan sekeping goreng pisang dan air suam sikit.perasaan memang ingat aku belom nak bersalin la ..macamtuuu,so tak payah makan bebanyak sangat.

Monday, September 23, 2013

muncul semula

As'salammualaikum

eheemmm..hemmm
hampir setengah abad dah tak berblogging*pitam*
dah ade anak kan?...anak bangun setiap 4.30 pagi ajak sembang..bermain..gelak-gelak..4 pagi ok..bukan 4 petang...biaseeeeeee *hhuaarrghhh..menguap doploh kali*tahap kebizian memang maksima.Hari-hari masa di penuhkan untuk menguruskan suami dengan anak.Biaseeeeee sangat *taip sambil tersengguk *.Tambah lagi bila dah ada rumah sendiri semangat nak kemas umah..memasak,tu tak payah citer..pegang kuali macam chef sangat..puhuiii..dan cuci baju..tapi kan umah kat kl ni memang cepat berhabok..sehari 16ratos kali kene sapu..sangatlah hobi pengang penyapu.. biaseeeee jugak...*nanges tepi sinki*


lepas cuti bersalin..aku amek cuti tanpa gaji.itu pun cuma sebulan yang di luluskan.APAKAH?.Baru niat nak mintak setahun.Sangatla kejam keja kat sini.Kalau suami gaji puluh ratus riban-riban,jangan kan keja..kikis kuku sambil kaki atas pc pun aku tak nak dah.Kompem bersara awal.Jaga anak dan uruskan suami lagi seronoknya lipat-lipat ganda..ye dok..

sekarang bila dah start keja,setiap pagi kena masak untuk bekal sendiri dengan suami.Perangai yang macam...macammm.....ergghhh..tak pernah di buat la pendek cerita.So setiap pagi-pagi buta jiran tetangga akan dengar bunyi kung..kang..tung..ketang..kat dapor aku...hhhaaaaaa...tu belum bunyi blender lagi..todiaaaaa.memang aku lantak kan jiran tetangga..jaga perut suami sudah.. *rajin sangat kite ni*

ehhh..sudahla..penat nak membebel..lepas ni entry aku semua pasal suami, anak dan rumah-rumah..ahahaha..sangatlah sesuatu di situ


p/s: niat nak sambung bisnes kecik-kecik lagi.harap aku rajin dan kental..kriohh..kroohh... =.=!