CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Thursday, July 19, 2012

Menyesal Tak Sudah, iteww makan nya





Bak kata perpatah telanjur perahu boleh di undur
terlanjur perbuatan,penyesalan makan nya..

aritu sedang aku berjalan-jalan,menempek kat tempat member aku,dak ofis,nak taw sape die klik sini senah..aku terpana dan terpaku melihat gelagat game yang di mainkan oleh nya iaitu Farm frenzy..aitseh..ayat tak boleey blah....mule-mule aku memang kutuk giler-giler la game tu..setiap kali aku datang tempat die mesti aku akan cakap..

"ko tak ade keje lain,asyik jual binatang haram je..ko taw tak bab 1 ni harom" 

padahal game jer kan..al maklumlah,dalam game tu ade beli ayam,tunggu ayam bertelur,lepas tu boleh jual..cukup duit ko boleh beli binatang haram jadah bab 1 lepas tu jual daging die..bile duit dah banyak ko boleh beli lembu,lepas tu jual susu die..sume tu ko kene klik sendiri..yela,name pun dah game..so sume susu,daging,telur memang di lantak kan lah oleh binatang2 itewww..kerja kau..kutip dan jual..ade duit sikit beli and upgrade mesin baru...itu adalah step untuk menjadi jutawan dalam masa yang singkat..

sejak kebelakangan tu..aku pun berminat nak jadi jutawan..aku mintak copy untuk game tu..so kalau aku boring,keje aku akan ku campakkan ke tepi jap,layan game..tahap giler men game semakin menjadi-jadi..macam dah kene santau..keje aku dekat ofis,memang la bagi ayam,bab 1,lembu makan..bagus kan?..paham dah =___=



back to the point,nak di jadikan cerita..aku bawak game tu balik rumah..then aku install kat laptop..mr hubby pun sibuk tengok..mule-mule die cume jadi pemerhati..sekarang bile dah taw selok belok game tu,ade mouse pulak yang di cilok dari ofis die.. aku kemana..laptop kemana..pendek citer aku memang dilantakkan lahh..

contoh semalam

ibu binggung bayi koma dalam penjagaan pengasuh


MUHAMMAD TAUFIQ terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas koma disyaki akibat kecuaian pengasuh di Alor Setar bulan lalu.
ALOR SETAR – Seorang ibu bingung dan pada masa sama sedih apabila memikirkan mengenai bayinya yang berusia lima bulan kini koma selepas didakwa mengalami pendarahan otak akibat hentakan kuat pada kepalanya ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim bulan lalu.
Rosmira Ramli, 28, memberitahu, bayinya, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan kini kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otaknya pada 20 Jun lalu.
Katanya, sehingga kini, bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan masih belum sedarkan diri dan mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh.
“Setakat hari ini (semalam), saya masih tidak tahu punca sebenar bayi saya jadi begini dan hanya dimaklumkan pengasuh yang Muhammad Taufiq tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiru-biruan ketika berada di bawah jagaannya.
“Pengasuh memberitahu yang dia sempat memberikan susu dan sendawakan bayi saya sebelum meninggalkannya untuk melihat kanak-kanak lain yang dijaga di situ,” ceritanya ketika ditemui di HSB semalam.
Bagaimanapun tambahnya, tidak lama kemudian pengasuh memberitahu yang dia mendengar Muhammad Taufiq menangis dengan kuat dan mendapati bayi malang tersebut bertukar kebiru-biruan dan pengsan.

sumber :harian metro online


p/s: sebak hati tengok keadaan baby macam ni...bersama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk bayi ini.

Marah sebab anak asyik main, tak dengar panggilan kita??

Marah sebab anak asyik main, tak dengar panggilan kita??Tunggu..jangan marah lagi






GENIUS STATE


Salam semua,


Pernahkah anda di dalam situasi ini?
Anda memanggil anak anda untuk melakukan sesuatu. Puas anda memanggil dia. Tetapi dia 

tidak langsung mempedulikan laungan anda seolah-olah dia tidak mendengar langsung. Bila 
anda datang kepadanya, anda dapati rupa-rupanya dia sedang asyik bermain. Terlampau 
asyik...geram betul hati anda!

Sebelum anda melenting marah kepadanya ketahuilah akan apa sebenarnya sedang berlaku.


Sebenarnya, sememangnya anak anda itu tidak dengar langsung akan panggilan anda kerana dia sedang 'asyik' atau 'khusyuk' atau nama saintifiknya ' Genius State'. It a good state to be. Especially bila dia dah besar nanti, dah pergi sekolah, bila dia belajar, kita mahu dia be in the genius state. So kalau masa kecil ni dia diganggu bila dia dlm state itu terutamanya dimarah, lama-lama dia tidak mahu lg kusyuk belajar. Dan tidak merasakan belajar itu menasyikan.

Itulah yg terjadi pada anak-anak di sekolah skrg. Krn semasa kecil, bila dia dlm genius state dia selalu dimarah, diganggu dan dihukum.

So, bila memanggil dia tidak dtg, pergi tgk apa yg sedang dia buat. Buat sama dgn dia. Lepas tu, ajak dia buat apa yg anda nak dia buat dan ajak lakukan dgn cara bermain.

Ini tidak pula sama untuk anak-anak remaja.



Salam kasih : ) Prof. Dr. Rozieta Shaary