CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Wednesday, November 7, 2012

samsung galaxy note 2



Agak lama dah menyepi dalam dunia blogger. tahap kemalasan tak payah nak cerita,kang kalau aku cerita semua boleh muak mendengarnya dan tak ade siapa yang sanggup nak tadah kan telinga..puii.paham-paham la kan hidup selepas berkahwin memang macam tu..tapi alhamdulillah..hidup dah kahwin memang bahagia berdouble-double gandanya.

Merujuk kepada gambar di atas,bukan atas ihsan en.google ok,itu adalah gambar puan empuya barang.huft.Actually,hubby memang dah lama nak bagi present untuk isterinya yang tercinta.ehem.Mula-mula,isterinya yang mata duitan ini memang gilakan barang kemas.Alaaa,biasala.kalau stock macam mak jemah memang test mak  cik-mak cik kan.tapi kalau beli mas,memang la tak rugi,sebab mas sangat bernilai dan beli bukan sebab aku nak jual balik.Tak kan la suami dah beli mas sebagai hadiah,lepas tu kau sibuk pulak nak menjual.orang macam ni mungkin tak pernah makan lempang .

so,weekend lepas en.hubby ajak pergi shopping,niat nya hanya nak shopping baju.tengok-tengok,plaza lowyat la tempat beli baju.tak logik.tak logik.plaza lowyat cuma menjual gadget je ok.

hubby : sayang nak samsung tab or samsung note 2?
isteri: ????????????????
hubby : samsung note nak?
isteri: eeeeerrrrrrrrrrrr.....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
isteri : sayang,sayang betul ke nak belikan saya note 2?
hubby : kalau sayang tanak,saya tak offer dah.sayang tak menyesal ke?
isteri : ok! saya nak note 2!!!!

sebelum beli,aku memang banyak fikir.Nak beli ke tak,nak beli ke tak.nak beli ke tak.kalau
<--more-->
tak beli,kang laki aku sumbangkan duit tu untuk tukar rim kereta lah,bumper lah.lelaki kan.perhatikan aja perangai macam ni.Duduk depan kedai,otak tengah proses untuk keluarkan satu keputusan yang muktamad.macam tu la perasaan aku bila nak beli bende mahal,nak-nak bila pakai duit sendiri.memang la tak akan mampu. beg yang harga 200 ratus pun da cukup mahal.**pitam**.Benda yang beriban-riban memang mahal sangat bagi aku.Baik aku beli mas je kan.tapi cincin butterfly yang dekat tomei yang aku nak tu,memang tak ada size untuk jari aku.punah semua kehendak jemah.so,nak tanak aku memang iye kan saja la note 2,dah hubby nak beli kan? 

hubby :"saya dah belikan sayang note 2,so cincin tak ade taw"
Isteri :hmmm yela..T_T
(kang kalau nak jugak cincin,nampak sangat ketamakkan aku kan =.=!)

cincin yang dekat tomei yang aku nak tu seperti dibawah yer.yang aku bulatkan dengan warna merah.hehhehew.cantik kan.mesti jari nampak comel bila pakai.nak-nak jari aku nih.**bila lagi nak puji diri**sebab design dia ada bunga dan butterfly.Tak nampak citarasa mak cik-mak cik pun.hufft!-=.=!.laki aku pun suka. Actually,Aku nak cicin ni sebab hubby yang pilihkan.Pilihan suami adalah yang terbaik dari ladang! hehhehe..tapi size untuk jari aku memang tak ade!.jari aku kecik sangat ker??. kalau potong pun mcm tak best.so,niat nak beli,terpaksa aku tanam sedalam yang mungkin. sobs sobs.


bila note tu dah menjadi hak milik sendiri,so sekarang balik kerja je hubby lah yang berpeluang pegang note tu.Dia suka la sangat main game.macam-macam game perang yang dia install.Aku kalau balik rumah,hp memang tak layan sangat dah.kang rumah tonggang langgang,hubby tanak beli kan apa-apa nanti. Tangungjawab di rumah harus di buat.puiii..so note 2 tak kan berjaya melekakan aku dari buat keje rumah.kan? 

hubby : mane hp nokia sayang?
isteri: ntah.dalam handbag kot.
hubby :amboi jemah,ada hp baru hp lama memang tak keluar-keluar dari handbag ek..terus 
          disisihkan..blaa..blaaaa...blaaaa...
isteri: ...........zzzzz.......

----------------------------------------------------------------------------------------------------

suami : sayang,saya nak beli satu jugak lah.
isteri : pulakkkkkkkkkkkkk.....
suami : tapi tanak note 2 lah,nak samsung tab pulak.boleh main game puas-puas.
isteri : @#%^$&%*&$#%^&#%$!
suami : kita jual camera J1 nak?
isteri : ikutlah..camera tu pun jarang pakai. dok berhabuk je kat almari tu. =.=!


p/s : wat a good news.now, i'am preggy. Tak sabar untuk menjadi mama gojes .hahahha..doakan agar semua nya di permudahkan.amin.tq!

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Just blogwalking here.

Tahniah di atas berita2 gembira.
Dapat Note2. Nak dapat baby!

waaah... seronok betul.

Semoga perjalan kehamilan Dhia dipermudahkan!

scha_imal87 said...

hehe...tq!..amin!