CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Thursday, November 29, 2012

membeli sambil BERAMAL..


Assalammualaikum

copy paste dari blog member..

kita semua sudah sedia maklum keadaan saudara seagama kita yang berada di Gaza....
marilah sama-sama kita membantu meringankan beban mereka yang berada di sana...
Disini saya nak menghebahkan 
bos saya mewakili 3 badan NGO iaitu aman palestin, AQSA Syarif dan 1 lagi saya lupa 
ada buat jualan amal t-shirt Gaza....... 100% keuntungan akan disalurkan kepada saudara kita disana melalui badan NGO yang diwakili ni tadi...
contoh baju






berminat???? ni link facebook dia......pm ok....
tak nak beli t-shirt pun tak pe..anda boleh salurkan duit terus....
Saham didunia senang dicari,saham akhirat sama diraih...
mohon sahabat-sahabat di blog supaya menghebahkan perkara ini...
sekian terima kasih :) 

pernah dengar kan ayat ni???cilok dari fb abang saya

yg simpan dalam poket tu belum tentu DUIT kita...
BOLEH jadi yg dalam poket tu polis punya....

BOLEH jadi pomen punya....

BOLEH jadi klinik punya....


YANG DI SEDEKAH ITULAH DUIT KITA PUNYA.......

Salah Orang daaa

Aritu masa balik kampung kat jitra (sebelah suami),aku dengan hubby memang dah plan nak pergi scan baby. Biasalah,ko bukan tak tau perasaan excited itu memang tak terkawal. Memadangkan hari sabtu, kat kedah paham-pahamlah, tak semua klinik bukak. so,hubby ajak aku pergi klinik pakar ,yang penting nama klinik itu aku memang tak hengat. Sejak preggy ni,aku memang cepat lupe..apa pun taboley.. sesampai sahaja tempat  pakar itu,hubby suruh aku tunggu dalam kereta,bagi hubby seorang sahaja yang masuk.Hubby just nak tanye,dekat situ ada tak untuk scan baby,doktor perempuan or lelaki. kalau doktor lelaki memang tak la kan..mau nya laki aku nak bagi doktor laki scan??aku pun tanak kalau boleh..phhieeww..aurat kenn??so tak ada lah sia-sia sangat penantian aku dalam kereta.Biar hubby sahaja yang pergi bertanya.

setelah 10 min masuk ke dalam klinik pakar

isteri : sayang dah tanye, ada ke tak??
suami : ada yang, tapi doktor lelaki.doktor perempuan tak ada la pulak.
isteri: hhmm..tak apa lah.kita cari tempat lain
suami : ok..sayang tau tak! ade ke nurse tu cakap kat saya,encik nak scan perut encik ke..kalau nak scan arini xboleh.
isteri : **pitam** macam mana dia boleh tanye macam tu??

menceritakan kisah yang berlaku

suami : nurse..arini boleh scan tak??
nurse : encik nak scan perut encik ke,kalau nak scan perut encik arini tak boleh encik.encik boleh datang hari lain.
suami : T___T huh?? bukan saya la yang nak scan.wife saya yang nak kene scan..scan baby!!
nurse: oohhh..saya ingatkan yang nak scan nya encik. kalau nak scan baby ada
suami : doktor perempuan ke lelaki?
nurse : doktor lelaki
suami : doktor perempuan tak ade ke?awak tak boleh tolong scan kan ke?senang je..
              just letak scan kat perut bini saya je..
nurse : mane boleh.. T_____T..doktor je yang boleh scan
suami :eerrkk..ok..xpelah..

setelah mendengar cerita dari hubby,aku rasa dunia macam dah kelam..terus rasa nak pitam lagi..wawawaaaa...lain orang yang preggy,lain pula perut yang membuncet..so,tak ada kata-kata yang indah perlu di ungkapkan lagi.

suami : haah kan..perut saya nampak buncit..tapi kan,kalau saya nak kurus kejap je..

           ..sehari sekali je makan nasi..dah kurus..
isteri : (.......................) pitaaammmmmm 


p/s: teruja nak scan baby..padahal awal lagi kan..kalau boleh tiap-tiap bulan aku dengan hubby nak scan baby..yela..excited nak tengok perkembangan baby..weekend ni mungkin nak g scan! yeay!

Tuesday, November 27, 2012

Awas!! Gangguan Sexual



Awas la wahai kawan-kawan, dunia sekarang memang sangat berbeza dengan zaman dulu-dulu.Dunia sekarang ni dipenuhi dengan manusia-manusia yang kejam. Macam-macam kes pembunuhan,ketidakperikemanusiaan (betul ke aku taip nih?),keruntuhan akhlak dan moral yang berleluasa dan sebagainya..

motip??

                            
meh aku kategori kan :
(a) alarm bising 
(b) spray lada 
(c) wisel memekak

Semalam,hubby memberi aku spray serbuk lada, wisel dan alarm yang bunyinya boleh tahan memekaknya. Time hubby bagi kat aku,memang aku gelakkan saja..matakeatassambillibasrambut.. Yela,hubby aku memang dari dulu nak cari spray lada,so kebetulan semalam staff dia bagi spray lada,wisel dan alarm kat hubby. Malam tadi hubby siap pesan dan terangkan cara penggunaan kepada si isteri..hubby selalu sangat risaukan keselamatan aku..Ditambahkan lagi dengan aku yang sedang preggy kot?..ok,layankan sahaja. =.=!

isteri :"sayang..menatang ape ni sayang ..?"
Hubby :"ni spray lada..ni wisel..ni alarm...nanti bile nak gune pakai macam
           ni...blaa..blaa..blaa..jangan sembur...blaa..bla..blaaaa..jangan picit 
           sebarang bla...blaa..blaaahhhhh
isteri:  "eee..ade ke..macam-macamlah sayang ni..time berlaku,memang dah tak ingat 
           nak buat ape..ape pun taboley..spray pun tak tahu gi mane..kan?" >..<!
Hubby : sambil picit-picit hidung si isteri "sayang ni jangan degil boleh tak,kalau suami
            suruh tu dengar je..boleh??!"          
isteri : "semak la handbag saya nanti"
Hubby : " alaaa..sayang tu pakai beg troli pun penuh jugak dengan barang"
isteri : "@%^%&&$&"
Hubby :"kalau tak boleh letak dalam beg,sayang gantung dekat leher ok?..
            meh saya buatkan"
isteri: "ade ke gantung dekat leher,semak la..sy dah la bawak handbag,
          bawak beg bekalan makanan lagi"
Hubby:"sian pulak tengok bini saya ni kan,dah la bongkok..makin bertambah bongkok la 
          bawak banyak barang"
isteri:"hhuftt..taw pun!! tak kesian ke kat bini kamu ni??"
Hubby:"eeeerrr...sayang pakai gantung kat leher jela senang k"
isteri :"eee...tak nak..macam budak-budak..dengan wisel la..spray la..alarm la"
Hubby:"pakai je la..banyak cakap la jemah ni!"
isteri:"................................."

Keesokkannya

Bila nak pergi ke kerja,hubby siap gantungkan bende alah tu dekat leher si isteri..manja sangat kan..pitam**

Hubby:"meh cni..saya nak gantung kat leher sayang"
isteri :"ee..ade ke..bising la bende alah ni..macam budak-budak..bunyi loceng bagai"
Hubby:"pakai jela..jangan banyak cakap"
isteri :"..........T___T.................."

aku masih dalam rumah..hubby dah tunggu kat motor..sampai-sampai bawah je..hubby gelak

isteri :"dah kenape nak gelak-gelak??"
Hubby:"dari tingkat 3 sayang turun,saya dah dengar bunyi yang bergantung kat
          leher sayang ni..heheheeeeh"
isteri :"sobs..sobs.. T______T.."

Kebiasaannya,setiap kali pergi kerja,suami aku akan hantar aku naik motor sehingga lrt sahaja..kalau sampai ofis,alamatnya mungkin aku dah pitam duduk kat belakang..scary ok naik motor kat kl..asyik menjerit-jerit bila motor lain bawak dekat-dekat..hon-hon bagai..sambil cubit-cubit hubby dengan sekuat hati..hubby mungkin menangis dalam tawa..sambil mata si isteri kene tutup sentiasa bila berada di atas motor..turun-turun dari motor.ehh..ehh..menangis dah..??perlukah aku terang selanjutnya..tidak kan?..so pendek cerita,aku senang naik lrt daripada motor..naik kete kekadang..bila aku bangun lambat je..sebab jalan yang kekadang jem nya,agak menguji kesabaran dan mengundang amarah.
paham.

Nak di jadikan cerita, sedang aku berjalan-jalan selepas keluar dari lrt..macam biasa

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah!


Assalammualaikum.
Salam Maal Hijrah untuk semua muslimin dan muslimat
sempena menyambut Maal Hijrah
meh..kita kongsikan bersama doa untuk akhir tahun dan doa awal tahun..
semoga tahun baru ini akan membawa 1001 keberkatan ,kemuliaan ,dan kebaikan 
kepada kita semua  
semoga dapat menjadikan diri kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
amin~



Doa Akhir Tahun 
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Doa Awal Tahun 
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

credit : en google

Wednesday, November 7, 2012

samsung galaxy note 2



Agak lama dah menyepi dalam dunia blogger. tahap kemalasan tak payah nak cerita,kang kalau aku cerita semua boleh muak mendengarnya dan tak ade siapa yang sanggup nak tadah kan telinga..puii.paham-paham la kan hidup selepas berkahwin memang macam tu..tapi alhamdulillah..hidup dah kahwin memang bahagia berdouble-double gandanya.

Merujuk kepada gambar di atas,bukan atas ihsan en.google ok,itu adalah gambar puan empuya barang.huft.Actually,hubby memang dah lama nak bagi present untuk isterinya yang tercinta.ehem.Mula-mula,isterinya yang mata duitan ini memang gilakan barang kemas.Alaaa,biasala.kalau stock macam mak jemah memang test mak  cik-mak cik kan.tapi kalau beli mas,memang la tak rugi,sebab mas sangat bernilai dan beli bukan sebab aku nak jual balik.Tak kan la suami dah beli mas sebagai hadiah,lepas tu kau sibuk pulak nak menjual.orang macam ni mungkin tak pernah makan lempang .

so,weekend lepas en.hubby ajak pergi shopping,niat nya hanya nak shopping baju.tengok-tengok,plaza lowyat la tempat beli baju.tak logik.tak logik.plaza lowyat cuma menjual gadget je ok.

hubby : sayang nak samsung tab or samsung note 2?
isteri: ????????????????
hubby : samsung note nak?
isteri: eeeeerrrrrrrrrrrr.....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
isteri : sayang,sayang betul ke nak belikan saya note 2?
hubby : kalau sayang tanak,saya tak offer dah.sayang tak menyesal ke?
isteri : ok! saya nak note 2!!!!

sebelum beli,aku memang banyak fikir.Nak beli ke tak,nak beli ke tak.nak beli ke tak.kalau