CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Thursday, July 19, 2012

ibu binggung bayi koma dalam penjagaan pengasuh


MUHAMMAD TAUFIQ terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas koma disyaki akibat kecuaian pengasuh di Alor Setar bulan lalu.
ALOR SETAR – Seorang ibu bingung dan pada masa sama sedih apabila memikirkan mengenai bayinya yang berusia lima bulan kini koma selepas didakwa mengalami pendarahan otak akibat hentakan kuat pada kepalanya ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim bulan lalu.
Rosmira Ramli, 28, memberitahu, bayinya, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan kini kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otaknya pada 20 Jun lalu.
Katanya, sehingga kini, bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan masih belum sedarkan diri dan mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh.
“Setakat hari ini (semalam), saya masih tidak tahu punca sebenar bayi saya jadi begini dan hanya dimaklumkan pengasuh yang Muhammad Taufiq tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiru-biruan ketika berada di bawah jagaannya.
“Pengasuh memberitahu yang dia sempat memberikan susu dan sendawakan bayi saya sebelum meninggalkannya untuk melihat kanak-kanak lain yang dijaga di situ,” ceritanya ketika ditemui di HSB semalam.
Bagaimanapun tambahnya, tidak lama kemudian pengasuh memberitahu yang dia mendengar Muhammad Taufiq menangis dengan kuat dan mendapati bayi malang tersebut bertukar kebiru-biruan dan pengsan.

sumber :harian metro online


p/s: sebak hati tengok keadaan baby macam ni...bersama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk bayi ini.

No comments: