CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 20, 2012

ladang bunga tulip yang ohsem!


ade sedikit paparan untuk ladang bunga tulip di belanda yang sangat la ohsemmm..ffiieewwww....pemandangan yang sangat cantek..sejuk mata memandang..
dengan warna yang ceria dan colourful..dulu aku memang tak suke kalau lelaki bagi bunga..
bagi aku sangatlah membazir..pasal romantik ape bagai,memang aku tak peduli la..aku kan jenis hati kering sikit,tapi manje..puiii...yela,dulu aku tak suke orang bagi bunge bukan ape..bunga ni tak tahan lame, tahan beberape hari jer..lepas tu layu..terpaksa campak ke laut semua...aku suke bila orang bagi bende yang aku boley simpan,tahan lame,boleh dipakai..macam kamera ke..rantai ke..henfon ke..tak lame memang miskin la hubby aku kan..sebab tu hubby aku tak pernah bagi aku bunga..walaupun sekuntum..sebab aku dah warning siap-siap..

"sila jangan berani bagi saya bunga..tak kesah la ape pun..tak suke..membazir".

sekarang baru rase nak terhegeh-hegeh mintak hubby aku belikan bunge..
"sayang tak pernah bagi saya bunga kan..tak romantik langsung sayang nie" 
"laa..kan sayang cakap tak suke bunge..so,saya tak beli la"
"itu dulu..sekarang saya nak, yela..kalau suami saya bagi mesti la saya suke..haaa.."
". . . . . . . . . . . .  . ..motiff ? ?? .. . . . . . . ... ."
" tak perlu nak bermotif sangat" =____=

tak perlu nak banyak sangat bercerita bende yang tak penting..lahayankan aje gambar-gambar di bawah

Thursday, July 19, 2012

Menyesal Tak Sudah, iteww makan nya





Bak kata perpatah telanjur perahu boleh di undur
terlanjur perbuatan,penyesalan makan nya..

aritu sedang aku berjalan-jalan,menempek kat tempat member aku,dak ofis,nak taw sape die klik sini senah..aku terpana dan terpaku melihat gelagat game yang di mainkan oleh nya iaitu Farm frenzy..aitseh..ayat tak boleey blah....mule-mule aku memang kutuk giler-giler la game tu..setiap kali aku datang tempat die mesti aku akan cakap..

"ko tak ade keje lain,asyik jual binatang haram je..ko taw tak bab 1 ni harom" 

padahal game jer kan..al maklumlah,dalam game tu ade beli ayam,tunggu ayam bertelur,lepas tu boleh jual..cukup duit ko boleh beli binatang haram jadah bab 1 lepas tu jual daging die..bile duit dah banyak ko boleh beli lembu,lepas tu jual susu die..sume tu ko kene klik sendiri..yela,name pun dah game..so sume susu,daging,telur memang di lantak kan lah oleh binatang2 itewww..kerja kau..kutip dan jual..ade duit sikit beli and upgrade mesin baru...itu adalah step untuk menjadi jutawan dalam masa yang singkat..

sejak kebelakangan tu..aku pun berminat nak jadi jutawan..aku mintak copy untuk game tu..so kalau aku boring,keje aku akan ku campakkan ke tepi jap,layan game..tahap giler men game semakin menjadi-jadi..macam dah kene santau..keje aku dekat ofis,memang la bagi ayam,bab 1,lembu makan..bagus kan?..paham dah =___=



back to the point,nak di jadikan cerita..aku bawak game tu balik rumah..then aku install kat laptop..mr hubby pun sibuk tengok..mule-mule die cume jadi pemerhati..sekarang bile dah taw selok belok game tu,ade mouse pulak yang di cilok dari ofis die.. aku kemana..laptop kemana..pendek citer aku memang dilantakkan lahh..

contoh semalam

ibu binggung bayi koma dalam penjagaan pengasuh


MUHAMMAD TAUFIQ terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas koma disyaki akibat kecuaian pengasuh di Alor Setar bulan lalu.
ALOR SETAR – Seorang ibu bingung dan pada masa sama sedih apabila memikirkan mengenai bayinya yang berusia lima bulan kini koma selepas didakwa mengalami pendarahan otak akibat hentakan kuat pada kepalanya ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim bulan lalu.
Rosmira Ramli, 28, memberitahu, bayinya, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan kini kritikal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di dalam otaknya pada 20 Jun lalu.
Katanya, sehingga kini, bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan masih belum sedarkan diri dan mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh.
“Setakat hari ini (semalam), saya masih tidak tahu punca sebenar bayi saya jadi begini dan hanya dimaklumkan pengasuh yang Muhammad Taufiq tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiru-biruan ketika berada di bawah jagaannya.
“Pengasuh memberitahu yang dia sempat memberikan susu dan sendawakan bayi saya sebelum meninggalkannya untuk melihat kanak-kanak lain yang dijaga di situ,” ceritanya ketika ditemui di HSB semalam.
Bagaimanapun tambahnya, tidak lama kemudian pengasuh memberitahu yang dia mendengar Muhammad Taufiq menangis dengan kuat dan mendapati bayi malang tersebut bertukar kebiru-biruan dan pengsan.

sumber :harian metro online


p/s: sebak hati tengok keadaan baby macam ni...bersama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk bayi ini.

Marah sebab anak asyik main, tak dengar panggilan kita??

Marah sebab anak asyik main, tak dengar panggilan kita??Tunggu..jangan marah lagi






GENIUS STATE


Salam semua,


Pernahkah anda di dalam situasi ini?
Anda memanggil anak anda untuk melakukan sesuatu. Puas anda memanggil dia. Tetapi dia 

tidak langsung mempedulikan laungan anda seolah-olah dia tidak mendengar langsung. Bila 
anda datang kepadanya, anda dapati rupa-rupanya dia sedang asyik bermain. Terlampau 
asyik...geram betul hati anda!

Sebelum anda melenting marah kepadanya ketahuilah akan apa sebenarnya sedang berlaku.


Sebenarnya, sememangnya anak anda itu tidak dengar langsung akan panggilan anda kerana dia sedang 'asyik' atau 'khusyuk' atau nama saintifiknya ' Genius State'. It a good state to be. Especially bila dia dah besar nanti, dah pergi sekolah, bila dia belajar, kita mahu dia be in the genius state. So kalau masa kecil ni dia diganggu bila dia dlm state itu terutamanya dimarah, lama-lama dia tidak mahu lg kusyuk belajar. Dan tidak merasakan belajar itu menasyikan.

Itulah yg terjadi pada anak-anak di sekolah skrg. Krn semasa kecil, bila dia dlm genius state dia selalu dimarah, diganggu dan dihukum.

So, bila memanggil dia tidak dtg, pergi tgk apa yg sedang dia buat. Buat sama dgn dia. Lepas tu, ajak dia buat apa yg anda nak dia buat dan ajak lakukan dgn cara bermain.

Ini tidak pula sama untuk anak-anak remaja.



Salam kasih : ) Prof. Dr. Rozieta Shaary



Wednesday, July 18, 2012

sikap boros yang melampaui batasnya


perempuan selalu di kategorikan sebagai pemboros..tapi sebenarnya,lelaki pun tidak kurang nya..perbezaan antara lelaki dan perempuan ni,bila nak beli barang tak kesah la baju ke ape...pendapat aku la,perempuan ni kalau nak cari,kalau boleh seluruh jalan TAR die nak pusing..bandingkan harga dan ushar-ushar design lain,takut ade lagi cantek dan lagi murah sebab tak nak menyesal..orang yang dah merasa penyesalan memang begitu..baru puas kan?..tapi kalau lelaki,jenis die kalau dah tengok,barang tu ok,harga memang di lantakkan..sebab kemalasan nak jalan berjam-jam, pusing and servey semua tempat..sangatlah membuang mase katenye..habis tu buang duit tak ape pulak kan??hufft!!

boros dari segi duit,adalah peratusan yang paling tinggi..pada pandangan aku la,perempuan ni pantang nampak barang cantek...comel..sedap mata memandang..(wah..macam beli orang la pulak)..dan  bile tengok perkataan SALE!! 50%,70%,tahap excited habiskan duit memang memuncak..dan mungkin pengsan bile tengok SALE 100% dimerate-rate tempat..pantang juga bile orang puji dan komen yang memberangsangkan :

its saturday

weekend yang lepas..
Jatuh pada hari sabtu..tak kan isnin pulak..
3hari sebelum berjumpa..aku dan member memang dah decide nak buat reunion
tapi macam biasa lah, yang pastinya korum pasti tak pernah mencukupi seperti yang diinginkan..sue.. di miri..alasan yang boleh diterima pakai..sebab jauh...
yang sorang lagi..sya..bizi memanjang..kejap ade kejap tak ade..mengalahkan iklan  chipsmore..maklumlah..raya ni dah nak kawen..maka kami sebagai kawan dengan  paksa rela  nya menjadi seorang yang sangatlah memahami...gud..

setiap kali buat reunion di area kl..pasti aku dijadikan mangsa untuk memilih tempat..kenapa mesti aku??.. alasan mereka "kau kan dok kl,kiteorang mane taw area kl..bla..blaa..blah.." ..ok fine..nasiblah dapat kawan macam aku..(menangis dalam hati)..aku dah kawen kan?.....so,mari ajak mr hubby fikir sama-sama nak jumpa di mana..kesian..

sebab malas nak fikir dah..aku macam biasala..tahap malas ko tak payah nak citer..last-last..midvalley jadi pilihan..sama jawapan tahun lepas ,tempat yang sama untuk berjumpa..senangkan?..yang senang,tak perlu di susahkan.so, mereka kena turutkan juga,sila jangan pepandai nak komen bagai dan mempertikaikan kebijaksanaan aku..hiewhhiewww..




sesungguhnya penantian kekadang menyeksakan,kekadang tak..sebab tempat yang luas..ko nak cari dieorang pun satu hal..dan penyeksaan bagi en.hubby aku sebab kene paksa bergambar..padanlah..



aku tak rase pun muke aku gemuk..tapi kenape hubby suke menyakitkan hati cakap muke aku nampak gemok..bermotip sangat kan??

At last, kiteorang berjumpa..dan mula bergossip adalah perkara rutin..



Friday, July 13, 2012

Pengasuh dakwa budak lebam dipukul hantu

orang sekarang makin berani lepas kan geram kat bebudak..tamparla..patahkan tangan..kaki..lepas tu bagi alasan yang bodoh..hantu tampar..hantu pukul bagai..padahal die orang la hantu segala 7 keturunan..memang dasar tak ada perasaan kemanusiaan langsung..mane letaknya otak die orang ni agak-agak nya kan..dikepala lutut kah?atau di tapak kaki kah? meh baca kt bawah....

==================================================

KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.

Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.

Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang.

“Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa.

Tuesday, July 10, 2012

j1 in my pocket!..d5000 anyone interested??



entry lepas aku ade cakap aku nak letgo Nikon D5000 aku kan?
ramai yang tanye berape harga n wat-wat lah...
ade yang juz nak beli body..
ade yang nak beli lense..
ade yang nak beli beg dia..tripod.. <<-- yang tu aku tipu..
dan ade pulak yang saje suke-suke tanye..nasibla aku ni suke nak melayan..nasibbbb laaaaa
sorry to say that, aku tak jual barang asing-asing...
aku hanya menjual camera yang lengkap...sume bende aku bagi..aku tak simpan dah..
buku instruction dy pun ade..pakej sekali dgn box..ape lagi kau nak??<<-- sambil cekak pinggang
dah paham???
gud...........!!


three weeks ago...aku dan husbend..