CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 31, 2012

nak letgo d5000...berminat??


actually tahap kemalasan aku sekarang ni..
sangat la kritikal..boley dikatakan semua bende aku malas..
nak online fb apetah lagi..harap maklum

biasalah..dah kawen..ko kene terima hakikat..
komitment lain banyak ..
tapi aku bahagia sangat dengan kehidupan sekarang.. ..
nak2 lagi bulan 6 ni..the whole weekend dalam jun ni dah fully booked!
aku punye schedule memang dah pack..<<--antara penyebab yg boley diterima akal kenapa blog jarang di update..stress~
maka, hati kena pasrah..


bulan 6->>kursus->exam->kedah->sibu->kedah->exam->kedah->
sibu->kedah->sibu -> kedah -> kedah -> kedah..ker??
(nampaknya..hongkong disneyland..pulau sipadan..bla..bla..bla..
sume punah..cuti habes..<--parkinson terus~~)


ini la kebahagiaan nya bile ko kawen dengan orang kedah...

husbend aku haruslah bersyukur dapat bini macam aku yg sgt memahami..<<--pitam!


memadangkan baju wedding aku dah di letgo..
dan duit tu dengan tanpa belas kasihannya telah dihabiskan laki bini dengan kejam sekali..
sekarang aku nak letgo camera Nikon D5000 aku..
err..memang la berat nak letgo..sebab tu 1st hadiah husbend aku bagi time kapel dulu..
tapi hati aku lagi berat untuk mengangkat camera baru..<-- xgune puye bini
 aku rela kan juga hati ini..sebab aku taw..kenyataan itu adalah iklas dan tulus dari hati
aku pasti mampu berusaha untuk dapat kan hadiah yang lain..->>**husbend aku boley tempah bilik ICU awal2 kalo baca statement ni..

nak letgo baju wedding!

salam sejahtera..salam satu malaysia..
entry ni aku saje nak wat sticky entry..
so,utk entry yang terbaru kene scroll kebawah..dan seterusnya..heehhe..
bajet macam ade yang nak baca..

setelah terteranya tajuk di atas..
maka dengan jelas..dan jitunya..
aku nak letgo baju wedding...

JAHITAN YANG SANGAT KEMAS..KAIN YANG SANGAT ELOK
actually, baju wedding kami..
aku & hubby memang kluarkan modal sendiri..
untuk pilih kain yang elok dan berkualiti..
dan mengikut citarasa dan design sendiri..

design baju perempuan : kebaya pendek dan bhgian belakanGnya labuh kelantai..+ veil bermanik..jahit dengan tangan yg sgt kemas..
design baju lelaki : baju melayu tapi design coat mcm tu la..sgt kemas!..
pakai samping boley..xpakai samping pun boley..sesuai dgn 2 keadaan..

Monday, May 21, 2012

penghulu istighfar (sayyidul istighfar)


 Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 REJAB.

Jadi, esok malam,boleh la kite memperbanyakkan  lagi doa. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 REJAB.Selain memperbanyakkan  Istighfardan minta ampun daripada Allah SWT.."Sayyidul Istighfar" adalah yang paling bagus di lakukan  bermula dari
 malam ini (Isnin)(21/5/12) adalah malam 1 REJAB. .





maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.





Kelebihan bulan rejab

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.