CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Tuesday, April 3, 2012

Taktik menculik budak di pasaraya


keadaan persekitaran sekarang memang agak menakutkan..

terutama sekali kepada parents yang bawak anak-anak ke pusat membeli belah..

sekarang ni macam-macam cara yang dy orang gunakan untuk menculik..

setiap hari ade je kes penculikan di depan muka utama surat khabar



macam2 kes yang berlaku..ade yang kes penculikan dirancang sendiri..

diculik..dan bla..blaaa...

kalau jalan kat pasaraya, yang aku perasan mesti ade je yg buat announcement 

anak hilang la..kite yang dengar pun jadi takut..

dulu pun aku penah merajuk dengan laki aku time couple..pastu satu shopping mall laki aku

 carik..siap wat announcement ag name aku..sekarang aku dah insaf..so..

jgn jadi macam aku..itu cari nahas nama nya..

aku ade baca satu artikel..n aku rasa boley d kongsi bersama..so macam biase.

...aku copy paste..bhahahhaa..

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya...


Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing 


mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul 

bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak 

perempuannya tapi hampa.



Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui 


sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan 

kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk

 memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau 

 seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta
.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-

kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal.

 Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada 

sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai 


bersebelahannya untuk menukar wajahnya.


Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke


 dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 

minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila 

berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di

 gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit

 lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar
.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa 

hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak 

perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja 

Carrefour yang bertindak pantas


SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI 



GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Sumber FB

p/s : rase nak dok jauh dari bandar yg menakutkan..sigh!

No comments: