CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Friday, April 20, 2012

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW




Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:



"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku 


sebelum di Israqkan........"



1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan 


keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang 

perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA 

IBUBAPANYA.



2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, 


diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

<--more-->

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis 


lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada 


Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka


 jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh 

malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah 

melepaskannya dari seksaan itu.



5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu 


telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS 


KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk 


berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI 

JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk 

disebelahku.



7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, 


sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN 

UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada 

tempat yang terang-benderang.



8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak 


pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA 

BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut 

bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.



9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah


 menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan 


kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW:

"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN 

WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"




No comments: