CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Friday, November 11, 2011

kampung itu indah...

salam sejahtera..kan!..
apa khabarnye ppuuunnnnnnnnn.....
Bila lama dah xhupdate blog..
otak akan rasa kosong.. 
ibarat ko oder teh ais tanak gula tanak susu..teh pun tak nak<<--itu sengal nama ny...
maka bangkit lah sifat geram dan marah ..sambil menahan rasa lapar....
bila idea datang menerjah d pelusuk minda .
tiada kewujudan masa yang baik untuk aku hupdate blog....itu shiaalll nameny..sbb keje byk...demn!.
pendek cite..
Ape pun taboley...!!


raya haji tahun ni..aku xbalik kpg..<<--cerita basi
makanya..aku kene balik ke kedah..
sgt rindu dengan family aku..sigh!!...<<--itu sudah pasti..

so..ape yg aku buat kt kpg??
nk suruh masak..xreti masak..<<--maka cuci pinggan,kupas bawang, 
dan tlg yg ptt menjadi tugas tetap aku..
nk suruh wat ketupat pun xreti buat...<<-- maka wat ketupat 2jam utk satu bijik..sape yg makan buatan aku..mmg akan rasa kenyang 2 bulan berturut2..
nk suruh kemas umah..??haram jadah..bgun pun pkul 10..
ini la anak dara zaman sekarang..
                                                    memang serba boley...


aktiviti sblh petang ny pulak.. boyfren aku ajak memancing...
setiap kali nk g memancing..mst hujan rintis..
hujan rintis sgt dengki dgn aku.. =,=!
igt aku xreti memancing ke time ujan rintis??pun??kan??
aaiii...memancing pun mcm..cis!!!..
seekor ikan pun xlekat...
umpan je hbes... =,=!
ini suma slh hujan rintis..
ape pun taboley...

ni anak sedara boyfren aku..

sambil memancing..sambil tangkap gmbar..sambil tu gak mkn2....oohhh...indah ny pemandangan kampung..


sejuk mata memandang..tenang otak dr kesibukan kota dan kesemak kan kerja..cieehh...


mak boyfie : dapat bpe ekok ikan dya??
aku : xdpt ape pun.. =,=!
mak boyfie : laaa..dr xdapat ikan ka??
aku : sy cume HAMPIR dapat ketam..ketam yg sgt besar..
mak boyfie : keTam nk buat apa..mkn pun xboley<<--smbil gelak2..
aku : ketam nak buat umpan... =,=! <<-- nnt ketam tu boley cepit ikan2 yg lalu lalang d sekeliling dy..huhu..bangge x??bangge x jadi aku?? ko aderr??



‎10 GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT





1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah 

takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.


Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).


3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.