CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Friday, April 1, 2011

im sick!!


Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan demam

Kenali Simptom Demam


Bila demam, pesakit akan rasa badan jadi sejuk, berbeza dengan orang yang merasa badan pesakit, mereka akan rasa suhu badan pesakit meningkat. Menurut artikel yang di tulis oleh Dr.
Mohamed Hatta Abu Bakar:

"Semasa demam, ada dua fasa atau keadaan yang boleh dikenalpasti. Keadaan seram sejuk (chill) dikatakan tanda yang menunjukkan suhu tubuh sedang meningkat. Tetapi pada akhir demam, kulit menjadi hangat dan pesakit mulai berpeluh. Keadaan ini disebut krisis (crisis) dan menunjukkan suhu tubuh sedang menurun."

Jadi tidak hairanlah..bila demam pesakit akan memakai baju yang tebal dan berselimut tebal sepanjang hari kerana rasa kesejukkan. Apabila sampai satu tahap pesakit akan mula berpeluh dan rasa demam akan mula berkurangan.

Demam juga mungkin disertai dengan pelbagai simptom lain seperti cirit-birit, pening, sakit kepala, muntah atau terpaksa bernafas dengan cepat. Pesakit yang mengalami demam biasanya
 kelihatan letih, pucat dan kekeringan air dalam badan.

Untuk melegakan demam pesakit dinasihatkan untuk banyak berehat dan minum air suam (aku xsuke minum air suam..xde rase..xsedap..tp kalO xmnum..t aku kene bebel ngn bf aku..T__T) sebanyak yang boleh serta makan buah-buahan bagi membantu proses pemulihan. Bagi demam panas yang tinggi pula disarankan agar selalu mengelap badan dengan air sejuk bagi mengurangkan kepanasan. Cara ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya demam atau terlalu tinggi suhu panas itu adalah merupakan percikan-percikan neraka, maka sejukkanlah dengan air

p/s : yg aku bold kan..sume ny aku rase skarang..sO aku demam kan??

kurang sihat


T_____________T
mode : kurang sihat..
kapada kamOe2....maaf kalO aku xlayan...
nak bercakap pun aku xlarat..
sbb tekak aku sakit...
bagai d tusuk anak tekak ni...
badan panas..
bukan setakat badan..dengan hati dan jantung aku sekali PANAS!!
orang panas...aku sejuk..
orang sejuk..aku lagi la sejuk...
kepale hOtak rase nk kene hentak..
badan lenguh2...
ni mst sebab perubahan cuaca...
camerOn kan sejuk..
balik2 cni panas nak mampOs..
tambah pulak..antibOdy aku mmg lemah..
keje melimpah ruah..
maklumla...hujung bulan..
masok2 ofis je...da kene wat itu...wat ini..
pOkcik2 ofis ni la...mcm2 kerenah..
mtk tolong wat kije utk dy Orang..
"maaf yer..tgn shaye ade 2 jer.."
bos aku spatutny bersyukOr sebab aku sudi jugak datang ofis..
ikutkan hati malas nk g kije..
nak letak jawatan boley???





p/s: ..eehh...cameron punye story..t aku free aku hupdate hOkek..
T_T
     

:::[ HUKUM ISTERI MELETERI SUAMI ]:::

 





Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......




" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.
Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.
Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan