CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Wednesday, February 16, 2011

PUASA SUNAT

dya : akak..kalO baru berniat pagi tadi..nak puase..boley x??
kak N :  Pose ape??
dya : ganti..
kak N : pOse ganti tabOley...pOse sunat jek bOley..
dya : aiyOk...xbley la ni..
kak N : tabOley...niat utk pose ganti mst sblm masuk waktu imsak..kalO pose sunat xpe..
dya : Owh..Ok..kalO camtue..shaye pOse sunat..bOley kan??
kak N : bOley..kO nak pOse sunat ape arini?? Sunat Rabu ke??
dya : taboley ke??
kak N : boley la..
Dya : (rabu pun Rabu la)..boley dapat pahala...hhahahaa...
kak N : niat kene betOl..jgn sebab kO xde teman nk g bekpest..kO pOse pulak..
Dya :..ekekekke....xlah..mmg nk pOse... (bOley caye ke shaye ni?? hahahhaa)


meh...aku try carik2..ape yang aku nak carik...Aku ase..ni bOley d kOngsi bersama


Antara waktu digalakkan berpuasa sunat ialah;



Berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Ia paling afdal kerana
Rasulullah SAW bersabda: "Puasa yang paling afdal ialah puasa Nabi
Daud. Dia berpuasa satu hari dan berbuka puasa satu hari. Tidak ada
yang lebih afdal daripada itu." (Riwayat Bukhari Muslim)
Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis bagi setiap minggu.
<--more-->
Berpuasa tiga hari setiap bulan dan lebih afdal berpuasa tiga hari
bulan terang
(hari ke-13, 14 dan 15). Pahala berpuasa pada hari-hari
berkenaan ialah sama seperti berpuasa sepanjang masa dengan gandaan
pahala.


Anda boleh berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. A’isyah r.a., isteri Nabi s.a.w. menerangkan: Rasulullah s.a.w. selalu bersungguh-sungguh untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 745] Selain itu boleh juga berpuasa selang sehari berturut-turut. Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud…dia berpuasa sehari dan berbuka sehari. [Shahih al-Bukhari, no: 1131]

Puasa pada enam hari bulan Syawal.

Puasa hari Arafah. Iaitu hari yang kesembilan bulan Zulhijjah bagi
mereka yang tidak mengerjakan haji. Bagi seseorang yang sedang
mengerjakan ibadat haji tidak disunatkan berpuasa pada hari itu
sebaliknya disunatkan berbuka puasa walaupun dia kuat. Ini bertujuan
untuk terus kuat berdoa dalam mengerjakan ibadah wajib berkenaan.

Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi
orang yang sedang mengerjakan haji dan orang yang tidak
mengerjakannya.

Puasa Tasi' dan Asyura (hari ke-9 dan 10) dan disunatkan menghimpun
kedua-duanya.

Puasa dalam bulan-bulan haram (iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam
dan Rejab). Sebaik-baik bulan haram selepas bulan Ramadhan ialah
Muharam, kemudian bulan Rejab, kemudian bulan-bulan haram yang lain,
akhirnya barulah Syaaban.

Puasa dalam bulan Syaaban. Cuma ada ulama yang tidak membenarkan
berpuasa pada 15 terakhir bulan Syaaban dengan hikmahnya untuk
membuat persediaan tubuh badan bagi berpuasa sebulan Ramadhan dan
bagi meningkatkan perasaan hati agar berasa ternanti-nanti kehadiran
Ramadhan dengan penuh pengharapan dan kegembiraan.
sUMbER  SUMBER juga


Dalam rangka melakukan puasa sunat, terdapat dua perkara penting yang perlu diperhatikan:
  1. Hendaklah puasa sunat tersebut didasari oleh hadis-hadis yang sahih. Tidak boleh berpuasa sunat berdasarkan hadis-hadis yang tidak diketahui asal usulnya atau darjat kekuatannya. Tidak boleh juga berpuasa sunat dengan mengikut amalan orang ramai kerana sumber agama ialah al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan amalan orang ramai.
2. Jangan mengabaikan urusan harian atas alasan berpuasa. Jangan mengabaikan  
    pembelajaran atas alasan letih berpuasa, jangan tidur di pejabat atas alasan mengantuk bangun sahur dan jangan malas melaksanakan tanggungjawab atas alasan dahaga di hari yang panas. Seorang muslim hendaklah tetap segar dan cemerlang sama ada dalam keadaan berpuasa atau tidak. Lebih dari itu puasa yang hukumnya sunat tidak boleh dijadikan alasan untuk meremehkan urusan harian yang hukumnya wajib. Sesiapa yang memandang urusan harian adalah tidak penting berbanding urusan agama, bererti dia masih berpegang kepada aliran sekularisme yang memisahkan antara agama dan kehidupan.


p/s : sila tegur aku tanpa ragu..kalO ape yang aku kOngsi ni salah... :)

2 comments:

Unknown said...

hahahhaa....sunat pun sunat la weh..sok kite pose ag ok..semalam lupe nk gtaw ko dowwww....

scha_imal87 said...

tu ar...xpela..nk praktis perut aku..takut dy mengejut pulak..hahahha