CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
https://www.crunchbynuffnang.com/

Wednesday, January 19, 2011

isu WHI

Isu “Besarkan Payu Dara” Di Wanita Hari Ini, Yay or Nay!





Isu “Salahkah Besarkan Payu Dara?” (tonton.com.my) yang dipapar di program Wanita Hari Ini (WHI), TV3 pada hari Isnin yang lepas menjadi topik perbualan hangat apabila ramai yang menentang isu tersebut dibincangkan secara terbuka kerana sensitif dan melibatkan maruah wanita. Kami sudah habis menonton perbincangan topik tersebut, dan berdasarkan pemerhatian, kami rumuskan isu “Besarkan Payu Dara” tidaklah keterlaluan seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak media.
Menurut KOSMO!, beberapa babak kamera menunjukkan bahagian dada model wanita yang lengkap berpakaian kononnya menimbulkan rasa tidak senang hati buat penonton yang mengikuti perbincangan tersebut.
Babak kamera yang dikatakan zoom in di bahagian dada model.
Ahmad Izham, COO Media Prima memaklumkan bahawa pihak TV3 sekadar membincangkan isu tersebut kerana mempunyai pengajaran serta bersesuaian dengan peredaran zaman, tanpa mempunyai sebarang niat yang lain.
Selain itu, isu “Besarkan Payu Dara” menjemput pakar-pakar perubatan yang berkongsi maklumat mengenai prosedur serta impak yang akan ditanggung oleh klien. Pengacara WHI juga sudah memaklumkan lebih awal kepada penonton bahawa pembesaran payu dara melanggar hukum Allah kerana cuba mengubah ciptaan-Nya.
OHBULAN! bersikap terbuka & menganggap perbincangan isu “Besarkan Payu Dara” dapat mengubah persepsi orang yang selama ini tidak tahu dengan kesan pembedahan tersebut. Bukan apa, ramai wanita yang inginkan bentuk payu dara yang mantap, tapi tak cukup ilmu.
Apa pula kata anda? Setuju atau tidak isu “Besarkan Payu Dara” dibincangkan secara terbuka? Undian dibuka selepas ini.

Besarkan Payu Dara Dibincang Secara Terbuka, Yay or Nay?

p/s : bagi aku..xperlu la nk besar2kan nasi lemak..kalO n.lemak sepOsen pun sepOsen la..kan..

2 comments:

erlyn erlyana said...

aku setujuk!! kalau kitak plak nasik lemak 5 hengget takkan nak markdown lak kan..rugie2 muahaha

scha_imal87 said...

kan...rugi2...jgn turun..maintain kan..muahahha