CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 31, 2011

penutupan 2011

2011
penuh kenangan 
mahupun..
manis...ataupun pahit..
suka...dan ..duka...
gembira...sedeh..


untuk pegetahuan ...
bakal ayah mertua aku telah pergi ke rahmatullah pada hari jumaat..23.12.2011..
sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau..
semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman..
amin
T.T
hati ini sangat sebak..hati ini sangat terkilan..
sampai sekarang aku macam belum boley terima yang arwah telah tiada..
yang hidup pasti akan mati dan kembali kepada Yang Maha Esa..
..kami pasrah..
namun aku bersyukur kerana sempat mengenali beliau..
walaupun satu tahun lebeh itu adalah masa yang sangat singkat..










Friday, December 23, 2011

Risau~


selepas operation by pass pada 21/12/2011...
sampai sekarang bakal ayah mertua saya masih xsedar kan diri..
arini kene masuk bilik bedah lagi..
sebab ada masalah..
T_____T
Ya Allah, mudahan semuany selamat dan berjalan dengan lancar..
Berikan lah kekuatan kepada beliau..
Sesungguhny Engkau Maha Mengetahui 

p/s : mohon doa kalian semua..T.T

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

Thursday, December 22, 2011

topup digi punya pasal


semalam balik keje
bajet terus nak singgah kedai tingkat 3 kat umh sewa aku...
nak beli topup..

aku : digi seplooohh..
staff bangla :  =.=!..digi seeploh?<<--ari2 muke budak ni..
aku : eh..porda....cepat daa..
staff bangla : .... =,=!..

 sambil bukak-bukak wallet...

belek-belek duit di celah-celah resit yang menimbun
unnek..rennek..rendek...2 hengget..5 hengget..<--sambil mengira
7 hengget je???
cari lagi celah-celah yang lain...
mane duit lain??????kemane mereka menghilang di saat2 aku memerlukan??
demn!
T.T
....kecewa...

aku : tunggu sekejap..saye naik dulu.....xde duit kecik... T___T
staff bangla : =,=!

Wednesday, December 21, 2011

Terima Kasih Allah

21.12.2011
Rabu

masuk bilik operation untuk buat by pass pukul 8 pagi...
keluar dari bilik operation pada pukul 5.48 petang..
hampir 10 jam...
bakal ayah mertua saya selamat..
syukur alhamdulillah Ya Allah..
terima kasih kerana memakbulkan doa hambamu...


p/s: perasaan terharu dan sebak... T.T..syukur sangat2..

Monday, December 19, 2011

rest kan minda!

Seorang pendengar menelefon penyampai radio


Pendengar: Helo, sy nak buat ucapan


Penyampai: Ye, silakan


Pendengar: Saya nak buat ucapan untuk ayah yg tengah basuh kereta, mak yg tgh memasak, 

abg yg tengah tengok tv.. dengan ucapan.. TENGAH BUAT APA TU?

================================================================

Seorang Menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan Presiden.


Tapi ia terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga Presiden

marah benar kepadanya.

"Kemana kamu pergi?" hardik Presiden, "Sudah 2 jam saya menunggu."


Friday, December 16, 2011

Adab memotong kuku

Asslammualaikum....~
salam jumaat..
salam sejahtera ..


arini..aku nak share sikit tentang adab memotong kuku..
kebanyakkan apa yang kite buat setiap hari..tak kira la sama ada ape-ape perbuatan/perlakuan
walau dari segi ape pun..sumenye mempunyai adab dan hukum tersendiri..kan?

mungkin kite je yg xamek endah..dgn alasan-->> "tak nak peduli".."mls nk kesah".."bukan hal aku".."adab  tak adab ,ptong jugak kan?".."same je".."eehh..lantak la..tgn aku..kaki aku..ko peduli ape???".."bukan ko yg potong kuku aku kan??"
 "ade mak kesah??"<<--
dulu ko memang xkesah..tapi sekarang ko memang kene jugak amek kesah..
sebab akusangatlakesah!!..
=.=!

so..
meh share info sikit pagi jumaat ni..

cara-cara nak potong kuku

ikut langkah di bawah..

Thursday, December 15, 2011

wat the hulk!


tekejut punye la pasal kan??..
saje nak cari pasal..

dalam leka ber ym..
sambil layan blog orang...<<--bukan kaki mengular (x ngaku)
oopss... BOS???
tibe-tibe datang terpacul macam tetamu yang mengundang diri sendiri..
pengsan jap.. =.=!
xsempat nak logout..

nasib baik sempat hide..
but still nampak icon ym kat bar bawah..

Monday, December 12, 2011

mohon doa rakan-rakan blogger.. T.T

Assalammualaikum..



lame dah aku xhupdate blog..
sekarang macam2 bende aku nak fikir...

masuk arini dah 5 hari ayah boyfren aku dok kt PPUM..
dan weekend lepas aku turut melawat ayah dia dekat hospital tu..

arini..bakal ayah mentua aku kene wat Transesophageal Echocardiogram (TEE)...
bunyi lebey kurang gitu la kot...
semalam (ahad) dokter bgtaw..dokter nak masukkan kamera..
sebab dokter nak tengok jantung di bahagian mane yang rosak.. T.T


sblm ni ,2 2 tempat yang ayah dy g..dokter pakar swasta dan dokter hospital kerajaan kat kedah memamg ade bagitaw yang injab jantung ayah boyfren aku dah bocor..so dokter bajet nk masukkan belon spring..dlm urat/injap..lebey kurang gtula..
aku xpaham sgt mcm mane kaedahny sbnrny..
so sebelum nak masukkan belon spring...
dokter kene tengok..bhgaian mane yang dia nak kene masuk kan..

Tuesday, November 22, 2011

Tuah Baddrol, belang Apek




MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.

Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Saturday, November 19, 2011

work hard!


"organize kursus" salah satu kerja daripada keje lain2 aku dan kengkawan..
sebut je pasal kursus..maka hidup akan jd serabai..kenape??
sebab banyak mende nak kene settle kan sebelum berlangsung kursus tersebut...
nak2 pulak kalo peserta ramai,nak tukar orang,nak tambah orang,xjadi g...rasa penat akan timbul sebab penat melayan kerenah tersebut..maka timbul la rasa nak marah...dan terdetik rasa hati nak terbalik kan meja bos..or conteng kan kerusi dy..menunjukkan diri ini tersangatla ganasiiehhh~....
maka..masa balik keje akan mencecah sampai 9 malam..
berani ko cakap aku tipu????
eehhhhh..3.30 pagi pun aku penah taw??tdo 2 jam je..pastu pagi masok balik..siigghhhhhhhhhh~~~~~~~~



ni gambar preparation nota n packing barang2 lain utk kursus d kuantan,pahang..
keje sampai... eerrrr...sampai bile-bile


makwe : sayang..arini penat sgt..keje banyak...
pakwe : no komen... 
makwe : sampai hati kan..xkesian kat orang pun..hmmm.. T.T
pakwe :tukar kementerian nak??

Friday, November 18, 2011

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan??



Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
  • Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT.
  • Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
  • Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
  • Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Friday, November 11, 2011

kampung itu indah...

salam sejahtera..kan!..
apa khabarnye ppuuunnnnnnnnn.....
Bila lama dah xhupdate blog..
otak akan rasa kosong.. 
ibarat ko oder teh ais tanak gula tanak susu..teh pun tak nak<<--itu sengal nama ny...
maka bangkit lah sifat geram dan marah ..sambil menahan rasa lapar....
bila idea datang menerjah d pelusuk minda .
tiada kewujudan masa yang baik untuk aku hupdate blog....itu shiaalll nameny..sbb keje byk...demn!.
pendek cite..
Ape pun taboley...!!


raya haji tahun ni..aku xbalik kpg..<<--cerita basi
makanya..aku kene balik ke kedah..
sgt rindu dengan family aku..sigh!!...<<--itu sudah pasti..

so..ape yg aku buat kt kpg??
nk suruh masak..xreti masak..<<--maka cuci pinggan,kupas bawang, 
dan tlg yg ptt menjadi tugas tetap aku..
nk suruh wat ketupat pun xreti buat...<<-- maka wat ketupat 2jam utk satu bijik..sape yg makan buatan aku..mmg akan rasa kenyang 2 bulan berturut2..
nk suruh kemas umah..??haram jadah..bgun pun pkul 10..
ini la anak dara zaman sekarang..
                                                    memang serba boley...


aktiviti sblh petang ny pulak.. boyfren aku ajak memancing...
setiap kali nk g memancing..mst hujan rintis..
hujan rintis sgt dengki dgn aku.. =,=!
igt aku xreti memancing ke time ujan rintis??pun??kan??
aaiii...memancing pun mcm..cis!!!..
seekor ikan pun xlekat...
umpan je hbes... =,=!
ini suma slh hujan rintis..
ape pun taboley...

ni anak sedara boyfren aku..

sambil memancing..sambil tangkap gmbar..sambil tu gak mkn2....oohhh...indah ny pemandangan kampung..


sejuk mata memandang..tenang otak dr kesibukan kota dan kesemak kan kerja..cieehh...


mak boyfie : dapat bpe ekok ikan dya??
aku : xdpt ape pun.. =,=!
mak boyfie : laaa..dr xdapat ikan ka??
aku : sy cume HAMPIR dapat ketam..ketam yg sgt besar..
mak boyfie : keTam nk buat apa..mkn pun xboley<<--smbil gelak2..
aku : ketam nak buat umpan... =,=! <<-- nnt ketam tu boley cepit ikan2 yg lalu lalang d sekeliling dy..huhu..bangge x??bangge x jadi aku?? ko aderr??



‎10 GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT





1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah 

takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.


Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).


3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Friday, October 21, 2011

Surah untuk berlindung dari rasa sedih..malas...



nak amalkan surah ni la..supaya aku lebih kental , kuat ,tabah..dan xmudah lemah apabila di marah....seminggu2 kene wat keje yg  banyak sangat2!!!!....stress dgn kerja 

skrg..!!


Monday, October 17, 2011

xsehangat tahi ayam??


mulakan membaca dengan muka yg ketat..paham??
..
..dan..
...
...
....serius!!...<<-- itu sudah pasti
..

..
kite mesti serius bila memikirkan masa depan
..


......
..

memandangkan sekarang banyak sangat nak gune duit..

KAMI bercita2 nak save duit..save bajet..pun....adoi....nye
se save yang mungkin..<<--alhamdulillah..niat dah ade..
..
..
utk masa depan ...utk itu...utk ini...byk lg bende yg penting utk msa yg akan dtg..

...so...?? jgn berani mau ckp sama gua..
xde org yg mau ajak gua kawen!!<<--yg ni xkelakar..mmg xde kaitan.sigh~


______________________________

Thursday, October 13, 2011

stress!!

stress..
tension..
freaking exhausted..

semmppuutttttttttttt~ tetibe ase asma aku dtg balik..T.T


makin nk dekat hujung taun..makin banyak dugaan yg dtg..
Ya Allah..berikan kan lah kekuatan dan kesabaran kepada hambamu yg lemah dan hina ini..

T.T


p/s : terase nk bawak diri pergi jaauuuhhhhhh dari kesibukan kota..cciieehhh

Friday, October 7, 2011

‎~10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah:

‎~10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah:

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


2-
Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3-
Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi 



kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.


9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.




renung-renungkan lah..

a
Assalamualaikum wbt..
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya
<--more-->